Selasa, 02 September 2008

Hikma Berpuasa Di Bulan Ramadhan

1. Berpuasa dapat melatihkan diri untuk menjadi seorang yang dekat dengan Allah.
2. Berpuasa dapat menahan diri dari mengikut keinginan hawa nafsu keduniaan.
3. Berpuasa dapat menginsafkan diri sendiri dalam mengenangkan bahawa kita ini adalah hamba Allah yang lemah.
4. Berpuasa adalah sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih kepada Allah yang telah memberikan segal nikmat dan rezekiNya kepada kita.
5. Berpuasa dapat mendidik diri jiwa untuk mentaati segala suruhan Allah serta suruhan yang lain-lainnya.
6. Berpuasa dapat menyucikan diri dan dapat meninggikan tahp keikhlasan hati.
7. Berpuasa dapat melatih diri supaya bersifat sabar, tabah dalam menghadapi penderitaan, kesusahan dan segala cubaan dari Allah terhadap kita.
8. Berpuasa dapat melatih dir agar menjadi seorang yang amanah.
9. Berpuasa dapat memelihara diri dari terjatuh ke dalam lembah maksiat dan dosa.
10. Berpuasa dapat melahirkan perasaan kasih sayang dan tolong menolong terhadap sesama insan terutama kepada fakir miskin, anak yatim, orang yang melarat dan sebagainya.
11. Berpuasa dapat menyihatkan badan dan melatih diri untuk hidup lebih berdisiplin.
12. Berpuasa dapat menguatkan keimanan kita terhadap Allah s.w.t.
13. Berpuasa dengan penuh keikhlasan dan mengharapkan akan keredaan Allah maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.
14. Berpuasa dapat menimbulkan perasaan indaf dan belas kasihan orang-orang kaya terhadap golongan miskin yang sentiasa hidup menderita kelaparan dan dahaga.

0 komentar:

Powered By Blogger